Tuesday, January 18, 2011

all of time..

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat

Friday, January 14, 2011

Selamat hari ulangtahun ma n abah :-)


8th january 2011 @ 2030hrs

Alhamdulillah.. My plan running smoothly.. Seronok rasanya sebab dapat kerjasama dari adik2 untuk wat kejutan kat ma n abah..

Tahun ni kitorang wat sama2 besday ma n abah. Disebabkan tarikh lahir diorang dekat2. Nak xnak ma n abah kena ikut cakap anak2 diorang. Hahaha.. Best2. Xsesia aku balik bercuti kat kampung. Walaupun majlis ni kecik je tapi sangat bermakna untuk kitorg 1 family..

Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, January 12, 2011

anak buah (^_^)







Salam
okey.. ni nak share sumtin kat diri sendiri n 4 those whos view my sites.. dis is my 1st anak buah yang comey gilerr.. umo ye baru 2 bulan. n im sooooo xcited dapat balik tengok ye kat kampung. Namanya 
Nur Fatin Damia. 
what a beauty name xpecially "Fatin".. ingatkan aku kat bekas awek aku yang da jadi isteri orang tuh. Takpe lah. tak dapat Fatin yang tu. Tuhan da anugerahkan aku dengan Fatin kecik ni..Bila tengok betol2.. mata ye n lips ye sejibik cam ex aku tuh... Serious.. ntah nape la mak dia letak nama tu. Kat umah aku sorang je panggil dia dengan panggilan "Fatin". nenek n atok ye panggil "Mia". Boleh la...
yang penting aku dapat Fatin aku nih..  

Sunday, January 2, 2011

Primary School. haha..



Ni la sekolah aku dari aku darjah 1 sampai darjah 6. Sekolah Kebangsaan Mela.. Clasmate aku ada 34 orang je. Standard 6 juz ada 34 orang je. 1 kelas di buka. masa ni skema cket. Almaklum la prefect kan. haha. rambut pun belah tepi siot..
Cikgu penasihat kelas aku ni namanya Cikgu hisyam. Ore klate. dia mengajar matematik. Cikgu paling aku takut, Cikgu marzuki. ngaja bahasa melayu. Cikgu ni aku cukup2 xpuas ati jugak dulu sebab setiap kali ujian aku tak dapat markah 80 ke atas @ A,memang dapat makan rotan free kat betis. tapi syukur la. sebab kegaranagan cikgu ni yang wat aku dapat jugak pulun A untuk bahasa melayu punya subjek. penulisan n pemahaman.Thanx cikgu. (^_^)

Teacher Anita Binti Abdul, emmm... cikgu ni la cikgu paling cun kat sekolah mela waktu tu, aku perasan la ramai cikgu laen nak usya teacher aku yang sorang ni. Dia ni sangat lawak orangnya. epy go lucky. n slang utara dia pekat sangat. tapi.. kena berhati-hati dengan cikgu ni. ada time dia lawak,oke la.. time dia serius, TAKOTTT weyy.. aku penah kena ketuk ketampi 1ratus kali. orang lain wayang je wat, tapi aku wat betul-betul. n akibatnya xdatang sekolah 1hari sebab xboleh nak berjalan. haha.. tu la natijah xsiapkan keje sekolah yang dia bagi. hahaha.. tapi cikgu ni la yang banyak bantu aku improve b.i aku. terlalu banyak la jasa dia kat aku..  Tq teacher.. :')

buat kawan-kawan sekelas dengan aku dulu.. hope la korang jangan lupa asal ilmu kita.
even aku da pindah banyak sekolah, tapi sekolah ni simpan banyak kenangan kat aku.







Saturday, January 1, 2011

lirik best (^_^)

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama kupuja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
( hingga akhir nanti oh... )

Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi